"Adopt Kucing, Tapi Masuk Perut Ular" - Netizen Terkejut, Lelaki Ambil Kucing Jadi Makanan Ular Peliharaan

TERKINI
February 08, 2023 - 11:33 AM


Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat penyayang lebih-lebih lagi terhadap haiwan. Pelbagai jenis haiwan yang boleh kita jadikan sebagai haiwan peliharaan, kebiasaanya kucing dan juga anjing. Namun, tak dinafikan ada juga yang meminati haiwan eksotik seperti reptilia, contohnya ular.

Kos memelihara seekor ular pasti berbeza jika dibandingkan dengan seekor kucing. Viral di platform Twitter, pengakuan secara terbuka dari seorang lelaki.

Kenyataan lelaki tersebut, yang bertindak mengambil kucing-kucing yang memerlukan tuan baru yang dikongsikan di platform media sosial diambil olehnya untuk dijadikan sebagai makanan kepada ular peliharaannya bernama Helga.

Biarpun tidak tahu akan kesahihan kenyataan tersebut, netizen tidak menunggu lama untuk mengecamnya. Mereka berpendapat, lelaki tersebut menipu dan menzalimi kucing-kucing tersebut.

Isu ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr. Akma Ngah Hamid.

Destination: