"Akak Rambo, Saya Menyewa!" - Peniaga Melayu Bertekak, Gara-gara Jual Nasi Lemak RM1

TERKINI
February 17, 2023 - 04:21 PM


Seorang lelaki dipercayai pengusaha kantin memarahi seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak RM1 kerana didakwa menutup periuk nasinya.

Menurut pemilik TikTok @Teacher Aina Home Tuition, kejadian itu berlaku semalam, yang mana lelaki berkenaan menyerangnya serta mendakwa dia menutup jalan utama sekali gus menyebabkan perniagaan lelaki terbabit terjejas.

@teacher_aina Benda nak jadi.. Tak pelah.. Mana2 customer yang selalu beli dengan saya di Klinik Kesihatan seksyen 7 Shah Alam, sebelah jalan besar. In shaa Allah.. Esok saya cari port baru. Rezeki Allah ada di mana2.. Mungkin bukan rezeki saya berniaga kat tempat tu. Semoga murah rezeki abg yang jual nasi lemak tender.. Dan abg yang jual roti juga.. Semoga dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki. Esok in shaa Allah saya update tempat baru. Are seksyen 7 juga, shah alam ya. #nasilemakrm1 #viral #shahalam ♬ original sound - Teacher Aina Home Tuition

“Akak tutup jalan kami. Kalau nasi lemak akak RM1, matilah kami dekat dalam (kantin),” kata lelaki terbabit.

“Nasi lemak abang tak habis jadi abang nak salahkan saya ke?” soal Aina.

Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, individu berkenaan turut bertindak mempersenda keadaan fizikal peniaga wanita tersebut.

Sehubungan itu, lelaki tersebut meminta pemilik TikTok terbabit supaya berniaga di kawasan lain sebelum dia mengambil tindakan melaporkan hal itu kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Sini akak potong (jual) RM1 sedangkan saya jual nasi lemak di dalam (kantin) RM3,”ujarnya.

Pada masa sama, seorang lagi lelaki dilihat cuba menenangkan keadaan dan berusaha meleraikan pergaduhan mulut yang tercetus antara mereka berdua. 

Sumber: Kosmo

Destination: