Anime "Blue Lock" Jadi Inspirasi Samurai Biru Tundukkan Jerman!

GAYA HIDUP
November 24, 2022 - 11:07 AM


Setelah satu dunia dikejutkan dengan keputusan Arab Saudi yang berjaya menewaskan gergasi Amerika Selatan Argentia di Piala Dunia Qatar, semalam lagi satu 'upset' berjaya dicipta oleh "Samurai Biru" Jepun yang berjaya menundukkan gergasi Eropah Jerman dengan jaringan 2-1.

Jerman nampak selesa dan menguasai perlawan dengan baik setelah Gundogan berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti, namun kebangkitan dari sudut taktikal dan kemasukan pemain Jepun yang berkelana di Eropah berjaya mengubah perlawanan.

Ramai peminat bola sepak teruja dengan keputusan tersebut, namun yang paling teruja sudah tentunya peminat anime bola sepak "Blue Lock". Kebangkitan gergasi Asia itu dikaitkan dengan jersi yang juga direka hasil kolaborasi bersama pelukis animasi "Blue Lock" dan "Giant Killing".

Adidas juga berkongsi proses belakang tadbir penghasilan jersi kebangsaan Jepun menerusi satu video di channel youtube mereka.

Destination: