Belanja RM60 Ribu, Siapkan 120 Baju Raya Untuk 30 Hari Syawal - Unik Cara Pengguna TikTok Ini 'Manjakan' Isteri

TERKINI
April 27, 2023 - 05:23 PM


Seorang pengguna Tik Tok sanggup membelanjakan kira-kira RM60,000 untuk membeli kain bagi menjahit sendiri 120 pasang baju raya sempena Aidilfitri tahun ini.

Pakaian itu dijahit khusus untuk dirinya, isteri Fatin Syazwani Ishak, 25, juga dua anak mereka iaitu Syed Muhamad Nouis Jaeden El-Alawi, 4, dan Sharifah Haifa Urshia El-Zahrah yang baru berusia tiga bulan -- dengan setiap seorang akan menggayakan 30 pasang baju raya sepanjang Syawal.

Syed Muhammad Shah Hasif, 31, berkata beliau bukan membazir bahkan kerana bekerja kuat selama ini untuk kongsi rezeki dengan isteri dan anak jadi mahu sentiasa menggembirakan mereka.

Beliau berkata kegigihannya menyiapkan persalinan untuk keluarga terutama isteri tercinta juga mendapat perhatian netizen selepas dia memuat naik video berkenaan di TikTok miliknya @syed.fatin.jaeden.haifa.

“Ia adalah tahun keempat dia menyiapkan baju raya untuk keluarganya sejak 2020 dan sudah membuat persiapan sebelum Ramadan lagi.

“Pemilihan dan pembelian kain dibuat enam bulan sebelum Aidilfitri dan kesemua baju raya itu siap sepenuhnya awal Ramadan lalu.

“Tahun ini, bajet agak tinggi sedikit kerana menggunakan kain renda, chiffon, songket, brocade, valentino, sequin dan lain-lain lagi yang berkualiti tinggi.

“Rekaan baju dihasilkan juga berbeza berbanding tahun sebelum ini terutama pada raya pertama kerana menggunakan kain renda, bunga tiga dimensi (3D) dan lampu sebagai elemen untuk menyerlahkan penampilan pakaian kami sekeluarga,” katanya.

@syed.fatin.jaeden.haifa

ni baju raya untuk hari ke-10 tahun ni , kalau dah baju raya hari ke10 dah begini , bayangkan esok raya pertama macam mana pulak baju raya yang akan wife sarung hasil abam buat untuk nya , nantikan esok , sebab esok baju lain macam hehe segalanya akan ku buat untuk isteri dan anak2 ku bergaya dipagi syawal dengan rezeki yang Allah dah beri , ni nak kemas2kan jahitan untuk finishing dan semua 30 pasang baju alhamdulillah dah siap jahit semuanya untuk pakai sepanjang raya ni , jumpa esok semua di pagi 1 syawal dan semua baju tahun ni abam tutup bahagian dada sebab tak mahu wife pakai tudung singkat tp nmpk dadanya , so abam guna alternatif kreatif ... alhamdulillah berhasil , kita cuba berubah dari semasa ke semasa

♬ TAKBIRAN - Keluarga Nahla

Biarpun berbelanja besar Syed Muhammad Shah Hasif menganggap pelaburannya berbaloi dan bukan sia-sia.

“Jadi, saya sangat gembira apabila melihat anak dan isteri sarung pakaian yang saya buat saya hingga hilang segala penat selepas menjahit semua pakaian mereka.

“Isteri juga puji usaha saya ini kerana semua pakaian selesa dan senang untuk digayakan walaupun ada rekaan yang ringkas serta keterlaluan,” katanya dipetik Harian Metro.

Selagi termampu, Syed Muhammad Shah Hasif berkata, dia akan menyiapkan lagi baju raya untuk keluarganya pada tahun akan datang.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: