“Besar Kepala” & Pro-Ismail Sabri : Ini Sebab 10 Nama Besar Kena 'Pancung' Jadi Calon!

TERKINI
November 03, 2022 - 08:34 PM


Seperti yang diketahui umum, beberapa hari lepas -- satu kejutan melanda pada pengumuman senarai calon Barisan Nasional (BN) apabila ada 10 pemimpin kanan UMNO termasuk penyandang yang bertaraf menteri telah digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

10 nama besar berkenaan adalah seperti berikut :

1) Menteri Komunikasi dan Multimedia (Ketereh) - Tan Sri Annuar Musa

2) Menteri Wilayah Persekutuan (Arau) - Datuk Seri Shahidan Kassim

3) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Tenggara) - Datuk Seri Dr Adham Baba

4) Menteri Perpaduan Negara (Kota Tinggi) - Datuk Halimah Mohamed Sadique 

5) Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Tanjong Karang) - Tan Sri Noh Omar

6) Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Padang Besar) - Datuk Zahidi Zainul Abidin

7) Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Maran) - Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib

8) Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Jasin) - Datuk Seri Ahmad Hamzah 

9) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) (Kuala Kangsar) - Datuk Mastura Mohd Yazid

10) Penyandang kerusi Parlimen Parlimen Jempol - Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif 

SPEKULASI 'FAKTOR PENGGUGURAN' CALON 

Menurut penganalisis politik -- keputusan BN mencantas beberapa nama besar daripada barisan kabinet dan penyandang kuat kawasan parlimen masing-masing itu adalah :

- Cubaan serta taktik Umno bagi melemahkan pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Menyekat Datuk Seri Ismail Sabri daripada menjadi Perdana Menteri semula jika Umno-BN menang PRU.

- Sebagai amaran kepada kritikan terbuka terhadap kepimpinan BN dan Umno sebelum ini.

- Cubaan melenyapkan sebarang tanggapan mengenai kelemahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, 'drama' tentang perebutan kerusi sebagai calon ini hanya akan terjawab pada Sabtu, 5 November iaitu pada Hari Penamaan Calon rasmi untuk 222 kerusi Parlimen.

Sama-sama kita nantikan!

 

Destination: