Betul Ke 'Bak Kut Teh' Bakal Masuk Senarai Warisan Kebangsaan?

TERKINI
June 15, 2023 - 04:30 PM


Bak kut teh bakal dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam senarai Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata secara asasnya makanan tradisional cina itu adalah campuran herba dan daging yang diletakkan di dalamnya terpulang kepada pihak penyedia.

Justeru kata beliau, tidak menjadi isu untuk memasukkan bak ku teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar.

"Saya akan memaklumkan kepada pihak kementerian supaya isu ini dilihat secara serius.

"Sudah tentu jika bak kut teh babi, kita akan meminta orang bukan Islam mencubanya.

"Sebenarnya kini terdapat pelbagai variasi hidangan bak kut teh antaranya ayam, makanan laut atau kambing.

"Jika ramuannya halal, kita akan bagi untuk yang halal mencubanya," katanya.

ISU PERDEBATAN BAK KUT TEH SEBAGAI MAKANAN TRADISI DI MALAYSIA

Minggu lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan mengenai sejak bilakah bak kut teh dijadikan makanan tradisi di Malaysia.

Perdebatan tersebut tercetus apabila Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse mengajukan pertanyaan tentang usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memastikan makanan tradisi Malaysia seperti Nasi Lemak, laksa dan termasuklah bak kut teh diangkat sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan ketika menjawab pertanyaan itu menjelaskan makanan yang dimasukkan di dalam makanan warisan seharusnya yang boleh dimakan dan dirasai semua kaum di negara ini.

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2025 DITUNDA KEPADA TAHUN 2026

Sementara itu dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2025, Datuk Seri Tiong King berkata, acara berkenaan akan ditunda kepada 2026 memandangkan banyak negara yang baharu sahaja membuka pintu sempadan dan memerlukan masa untuk aktiviti pelancongan luar.

Selain itu, katanya kementerian juga berada di landasan yang betul untuk mencatatkan kehadiran lima juta pelancong ke Malaysia pada suku pertama ini.

Sumber: Harian Metro

Destination: