"Petai Ni Dikupas Satu-satu Oleh Bidadari Ke?" - Ramai Pertikai Harga Petai RM113 Sebekas!

TERKINI
May 24, 2023 - 05:04 PM


Petai sudah tentu menjadi kegemaran rakyat Malaysia -- ada yang letak petai dalam sambal, nasi goreng dan makan sebagai ulam. Lagi sedap kalau petai tu dimasukkan dalam masakan kegemaran kita. Memang bertambah banyak kali.

Selalu kita jumpa petai ni dijual RM10 - RM15 seikat yang dijual tepi jalan atau dalam supermarket. Pernah tak korang jumpa petai sebekas RM113? Sudah tentu kita pernah nampak petai yang dah siap dikupas bagi memudahkan kita tapi takdelah mahal sampai beratus.

Perkongsian seorang individu di Tiktok menunjukkan satu bekas petai telah siap dikupas itu viral kerana harganya tak masuk akal. Jelas kelihatan terpampang harga petai berkenaan yang diletakkan di rak iaitu RM113.90 namun tidak dinyatakan beratnya.

@ladyrara017 This is at Village Grocer Avenue K 🤣#petai #avenueK #klcc #inflation #joke #fyp #malaysia ♬ Funny - Gold-Tiger

"Did I see wrongly? Petai so expensive now? Inflation?" kata pemilik akaun yang memuat naik video berkenaan. Reaksi netizen juga menunjukkan terkejut dengan harga petai di supermarket berkenaan dan pelbagai komen melucukan diberi.

Ada yang mengatakan kalau ini harganya, menangis sambil makan masak lemak petai. Mungkin juga makan sikit-sikit sampai ke minggu depan.

Daripada pemerhatian saiz dan berat bekas berkenaan menunjukkan berat petai tersebut berkemungkinan seberat 100 gram sehingga 200 gram serta tertulis petai tersebut gred 1 dari Thailand atau Malaysia.

Seeloknya ulam-ulaman termasuk petai harus dijual dengan harga mampu milik kerana rakyat Malaysia lebih gemar makan nasi dengan ulam. Lagipun petai ni senang jumpa kat mana-mana. Jadi tak perlulah supermarket tersebut jual petai dengan harga mahal.

Sumber berita : Mstar 

Destination: