[VIDEO] "Confident Tahap Dewa Ni" - Wanita Lemah English Salah Anggap Perkataan 'Pork' Di Botol Rempah Ratus
TERKINI"Sebab itu English education itu penting", bak kata Ucop Wilcha dalam babak filem Hantu Kak Limah!
Seorang wanita yang tanpa usul periksa telah viral di media sosial TikTok apabila dengan selamba mendakwa bahawa satu jenama rempah ratus yang dijual di pasaraya mengandungi bahan berunsur ‘pork’ atau babi.
Sedangkan rupa-rupanya apa yang tertulis di label botol rempah berkenaan perkataan ‘pork’ itu bukanlah dalam kategori isi kandungan (ingredients) -- sebaliknya dalam kategori ‘sesuai digunakan untuk’ (use on), yang bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai untuk digunakan dalam segala jenis perapan daging termasuklah daging babi.
Sumpah confident dia tu sampai tahap dewa pic.twitter.com/wC5dN309mJ
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 17, 2023
Video tersebut terus menjadi viral apabila mengundang pelbagai reaksi lucu dan kecaman daripada netizen yang menyifatkan tindakan wanita berkenaan adalah sangat memalukan kerana kemahiran pengetahuan Bahasa Inggeris yang sangat lemah, namun begitu yakin untuk membuat 'content' di TikTok.
Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat merakam dan mengambil satu persatu botol rempah ratus yang disusun di rak sebuah pasaraya sebelum menunjukkan bahagian pelekat yang mengandungi cara masakan serta isi kandungan.
Dia kemudian dengan yakin dan melulu meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati kerana serbuk perasa jenama rempah ratus berkenaan mengandungi bahan ‘pork’ tersebut.
Namun begitu, perkongsian wanita itu kemudiannya dikecam hebat oleh warga maya sehinggakan dia memadam video itu terus dari media sosialnya.
Ia sekaligus mengundang pelbagai komen lucu dan kritikan netizen yang merasakan tindakan wanita berkenaan memuat naik video itu sebagai perbuatan melulu dan memalukan.
"Alamak dia punya confidenttt. Pantang nampak pork terus suruh hati-hati. Basic English failed.", kata netizen.