"Bila Lion King Mengamuk!" - Netizen Seriau Tengok Singa Bergaduh Di Taman Safari

TERKINI
February 14, 2023 - 10:47 AM


Pengunjung sebuah taman safari di Pasuruan, wilayah Jawa Timur gempar apabila dua ekor singa bergaduh sehingga merempuh sebuah kereta yang sedang bergerak, lapor portal berita Okezone hari ini.

@youkopi107 🦁Perkelahian SINGA di Taman Safari Prigen Tabrak Mobil Pengunjung. #tamansafari #singa #ngamuk #beritaviral #singangamuk #tamansafariprigen #fyp #viral #tamansafariindonesia #lion #fypシ #CapCut ♬ suara asli - Kopi Yo'U

Dalam kejadian di Taman Safari Prigen itu, kedua-dua singa jantan tersebut dikatakan bergaduh di kawasan yang dikhaskan untuk haiwan berkenaan sebelum ia saling berkejar dan terlepas ke arah laluan  dipenuhi kereta.

Sebuah kenderaan kakitangan taman safari itu turut dilihat cuba mendekati kedua-dua haiwan itu.

Pemandu sebuah kereta berwarna merah kemudian terpaksa menghentikan kenderaannya apabila singa tersebut merempuh kenderaan itu.

Menurut laporan, lampu belakang di sebelah kiri kereta tersebut pecah akibat rempuhan namun, pemiliknya kekal berada di dalam kereta ketika insiden berlaku.

Menurut pengurusan taman safari tersebut, mereka akan membayar pampasan insurans kepada pengunjung yang terlibat.

Destination: