"Buat Malu Kek Ore" - Pantai Tok Bali Terlalu Kotor, Penuh Sampah Sarap

TERKINI
May 08, 2023 - 12:27 PM


Penyampai radio jelita, Hunny Madu, menzahirkan rasa kecewa apabila melihat tahap kebersihan di Pantai Tok Bali, Kelantan yang disifatkannya sangat menyedihkan.

@pasirputehtoday

Pasir Puteh secara umumnya Kelantan akan stay camni utk 5 tahun akan datang jika korang nak terus camni

♬ original sound - PasirPutehToday

Hunny atau nama lengkapnya Hani Farhana Mohd Hatim, 39, terpaksa membatalkan niatnya untuk menyinggah dan membeli aiskrim di tepi pantai setelah melihat keadaan persekitaran tersebut.

“Pantai di Tok Bali, Kelantan terlalu kotor dan dipenuhi sampah sarap. Kami sebenarnya ingin berhenti dan membeli aiskrim kerana cuaca terlalu panas namun membatalkan niat itu lantas kami terus ke hotel berhampiran kerana ‘mood’ kami berubah selepas melihat sampah yang melimpah-ruah ini.

“Kenapa? Boleh seseorang beritahu saya mengapa pantai yang dahulunya indah kini dipenuhi dengan sampah sarap?,” soalnya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam hantaran berbeza, Hunny mendakwa dia mengalami sakit tekak disebabkan oleh pencemaran persekitaran di Kelantan selain menyatakan hotel yang diinap tidak dibersihkan selama empat hari sepanjang dia berada disana.

“Balik Kelantan memang best jumpa keluarga dan sanak saudara. Tetapi balik sahaja dari sana, tekak saya jadi sakit, mungkin kerana cuaca panas dan pencemaran udara.

“Hotel kami di Kota Bharu juga tidak divakum selama empat hari sepanjang kami menginap di sana. Karpet kotor, bertompok seperti kesan air minuman sirap bandung, menjijikkan,” tulisnya.

Sumber: Kosmo

 

Destination: