Siapa Sophia AlBarakbah? Ini Biodata Wanita Yang Tengah 'Panas' Dengan Kontroversi Kacau Suami Orang!

TERKINI
February 02, 2023 - 11:42 AM


Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali pandang macam anak patung, mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Sophia Albarakbah ni? Lebih-lebih lagi ketika ini namanya sedang 'panas' dek palitan gosip yang mendakwa beliau cuba mengganggu keharmonian rumahtangga pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.

Kalau korang nak tahu, Sophia ini merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula menceburi dunia seni tanah air sejak tahun 2019.

Beliau kini dikenali menerusi drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang sedang bersiaran di saluran TV3, serta Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria.

Sophia Albarakbah adalah seorang pelakon dan juga model. Untuk ketahui lebih lanjut, kami sediakan biodata Sophia AlBarakbah seperti berikut.

LATAR BELAKANG PERIBADI 

- Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.

- Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.

- Menggunakan nama komersial, Sophia Albarakbah.

- Berumur 30 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur.

- Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.

- Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.

- Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18.

- Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 261,000 pengikut.

KERJAYA

- Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.

- Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.

- Selain berlakon filem, bakat Sophia mula mendapat perhatian pengarah drama tempatan. Makanya drama berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi karya pertama kemunculannya di televisyen.

- Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pendosa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo.

- Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz dan antara pencetus kontroversi yang melanda dirinya apabila dikatakan cuba mengganggu rumah tangga Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.

FAKTA MENARIK

- Berdarah campuran Melayu, Arab dan Cina.

- Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33). Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

- Menimba ilmu dalam bidang seni menerusi kelas lakonan bersama Farah Ahmad.

- Enggan berbicara lanjut soal jodoh kerana ingin memberi tumpuan penuh pada bidang lakonan yang diceburi.

KOLEKSI FOTO SOPHIA ALBARAKBAH

Sumber: Illuminasi/Syor

Destination: