[VIDEO] "Wow, Terus Terbang Tudung?" - Raja Afiq Tunjuk Video Isterinya 'Free Hair'

TERKINI
January 31, 2023 - 04:24 PM


Jika sebelum ini ramai yang beranggapan pelakon lelaki, Raja Afiq sangat bertuah kerana dipertemukan jodoh dengan seorang wanita cantik lagi lemah-lembut, Soffwany Yusoff meskipun mempunyai kerjaya mencabar iaitu anggota Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasangan sama cantik sama padan itu sangat popular di media sosial terutama TikTok dan Instagram kerana mereka berdua juga bertemu jodoh di laman media sosial berkenaan.

Meskipun berjarak usia 5 tahun lebih muda daripada isterinya, Raja Afiq sering dilihat sebagai lelaki bertuah kerana berjaya memiliki hati Soffwany yang cantik jelita dan mereka mengikat tali pernikahan pada 19 September 2020.

Namun selepas sudah lama tiada khabar daripada pasangan suami isteri ini -- hari ini peminat mereka dikejutkan dengan sedikit perkara yang kurang menyenangkan.

Semuanya gara-gara selepas sebuah video dimuat naik Afiq di TikToknya yang mempertontonkan isterinya yang pada asalnya bertudung kini dilihat sudah 'free hair'.

TUDUNG TERBANG?

@rajaafiq6 aya cik wany mau pigi mana😎#fyp #husbandwife #holidaytiktok @Soffwany Squad ♬ suara asli - Deny

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, isteri kepada pelakon ‘Gerak Khas Undercover’ tersebut didapati tidak memakai tudung semasa berada di parkir kereta bersama suaminya -- sebaliknya wanita itu hanya mengenakan topi pada waktu tersebut.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melihat penampilan Soffwany sebegitu.

Ujar netizen, mereka lebih gemar melihat Soffwany bertudung litup seperti sebelum ini.

Destination: