Citrawarna 2017 Promosikan Eko-Pelancongan…

TERKINI
October 30, 2017 - 10:47 AM


Setiap tahun, acara penuh warna-warni citrawarna Malaysia sering ditunggu-tunggu oleh semua. Dengan konsep dan tema yang sentiasa berlainan setiap tahun, acara yang diadakan sejak 1999 ini ternyata mampu mempertontonkan keunikan negara kita dalam masa beberapa jam sahaja.

Dengan tema “The Sunrise, The Green and The Echo Within”, CItrawarna 2017 disusun sebagai jalan cerita dua orang pasangan yang tinggal di London dan ingin pulang ke Malaysia sempena dengan perkahwinan adik mereka.

Dengan penyusunan muzik yang menarik, serta pelbagai persembahan tarian yang diselitkan dalam jalan cerita, tidak hairanlah ribuaan pengunjung yang hadir di Dataran Merdeka malam Sabtu yang lalu amat berpuas hati dengan pertunjukan yang disediakan.

Kredit : IG | _zarifikmal

Selain daripada jalan cerita yang menarik, Citrawarna kali ini secara tidak langsung dijadikan platform untuk menekankan kepentingan unrsur alam yang tidak hanya terdapat dalam sesetengah budaya, tetapi juga pada seni, warisan serta gaya hidup.

Kredit : IG | _mdaniramdani

Di samping itu, acara ini turut mempromosikan eco-tourism dengan footage-footage yang menarik merangkumi tempat-tempat yang boleh dilawati oleh pelancong.

Acara gilang-gemilang ini bermula sejak 4.30 petang lagi dengan pelbagai aktiviti diadakan di Chiilax zone seperti persembahan Buskers, Fiesta Food Truck serta permainan tradisi seperti congkak dan batu seremban.

Kredit : IG | shafik_jaafar

Memetik ucapan Dato Seri Mohammad Nazri semasa upacaya pembukaan kemarin, “pelbagai acara sampingan telah diadakan untuk memeriahkan lagi Citrawarna @ Kuala Lumpur ini seperti Kids Eco Dash di KL Tower yang berlangsung di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas”.

Selain daripada itu, kementerian pelancongan juga telah melancarkan kempen media sosial #SayangMalaysia serta pelancaran program Eat,Travel,Write and Doodle yang dianjukan oleh pihak Gaya Travel bersempena dengan Citrawarna @ Kuala Lumpur tahun ini.

Jika anda ingin mengikuti atau turut serta dengan kempen ini, bolehlah masukkan #SayangMalaysia di setiap gambar yang anda kongsi di media sosial.