"Demo Dok Kenal Barey" - Seller Bundle Angin Sampai Koyak Baju Masa Live

TERKINI
August 18, 2022 - 05:13 PM


Dah menjadi trend sekarang, banyak peniaga atau pengusaha yang mula berniaga secara live di pelbagai platform sosial media termasuk TikTok! Mana taknya, dengan gaya seller yang tersendiri mesti laku keras la barang yang nak dijual tu.

Sekarang macam-macam jenis produk yang dijual, antara yang paling banyak adalah pakaian bundle.

@tembaktar Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ ♬ original sound - tembaktar - 6 to 6

Viral satu video yang dikongsi @tembaktar, difahamkan penjual kelihatan berang dan menjadi emosi apabila pakaian yang ditawarkan secara bidaan menerima bidaan yang rendah daripada jangkaan penjual.

Beliau kemudiannya seolah meluahkan rasa geram beliau kepada para penonton dan pembeli berkenaan serta ‘sekolahkan’ mereka dengan memaklumkan barangan yang dijual mempunyai tanda harga yang jauh lebih tinggi.

Penjual mula gagal mengawal emosi dan bertindak mengkoyakkan beberapa pakaian serta mengeluarkan kata-kata kesat  sebagai cara untuk ‘mengajar’ para pembeli.

Tindakan yang dilakukan sekaligus telah mendapat perhatian para netizen. Ada yang persoal wajarkah penjual itu bertindak atas emosi dan ada juga yang memahami dengan keadaan ekonomi semasa membuatkan seseorang tertekan.

Destination: