Emas Bernilai 1.8 Juta Ditemui Oleh Saintis Di Air Kumbahan Di Switzerland

TERKINI
October 12, 2017 - 03:50 PM


Switzerland merupakan ‘rumah’ kepada beberapa kilang penapis emas terbesar di dunia dan mereka patut mengkaji supaya emas ini boleh dikitar semula.

Para saintis di Institut Sains dan Teknologi Akuatik Persekutuan Switzerland menganggarkan bahawa kira-kira 43 kilogram emas - bernilai kira-kira $ 1.8 juta  dijumpai terbuang melalui air sisa buangan negara setiap tahun.

Di sesetengah kawasan pula, ketumpatan emas ini amat tinggi dan boleh dipertimbangkan untuk diambil semula. Hal ini adalah mungkin disebabkan lambakkan lombong emas dikawasan terbabit.

Kajian dilakukan juga melibatkan 64 kilang rawatan air dan turut menemui kira-kira 3,000 kilogram perak - bersamaan dengan kira-kira $ 1.7 juta setiap tahun. Kebanyakannya adalah sisa daripada industri kimia dan perubatan.

Kalau ikutkan, Switzerland adalah hab penapisan emas utama di dunia. Kira-kira 70 peratus daripada emas dunia melalui kilang penapisan negara ini purata setiap tahun.

Nampaknya, boleh la nak cuba nasib kat Switzerland. Mana tahu tengah berenang kat sungai, jumpa emas ke… Hehehe…

 

Sumber : Bloomberg