"Habis Satu Flight Dicalitnya!" - Akibat Seorang Penumpang Cirit-Birit, Kapal Terbang Terpaksa Patah Balik

TERKINI
September 07, 2023 - 11:30 AM


Antara igauan ngei adalah bila kita terpaksa menahan menanggung keperitan cirit-birit. Viral di platform X satu video yang amat mengejutkan. Sebuah pesawat dari Atlanta terpaksa berpatah balik selepas salah seoranng penumpang mengalami cirit-birit sepanjang penerbangan ke Barcelona.

Memetik laporan The Guardian, pegawai Delta mendakwa bahawa pesawat tersebut perlu dilakukan kerja pembersihan termasuk menukar karpet yang kotor disebabkan insiden terbabit.

Bukan itu sahaja, krew dan anak kapal juga terpaksa menggantikan tuala kertas serta melakukan disinfeksi wangian di dalam pesawat. Difahamkan, kerja pembersihan mengambil masa hampir lima jam untuk diselesaikan.

Difahamkan, selepas berpatah balik, para penumpang dan anak kapal dipindahkan ke pesawat lain menyebabkan kelewatan selama lapan jam.

 

Destination: