Harga Kereta Perodua Aruz Bermula Pada RM72,000

TERKINI
January 07, 2019 - 10:01 AM


Nampaknya Perodua melangkah ke tahun 2019 dengan memperkenalkan kereta baharunya iaitu Perodua Aruz. Perodua Aruz dilaporkan bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan orang ramai yang berminat boleh menempahnya bermula 3 Januari 2019.

Sekali pandang nampak smart juga kereta keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) iaitu Perodua Aruz ini.

Perodua Aruz adalah model transformasi keempat kami yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan. Dengan pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia.

Perodua Aruz juga turut menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Model baharu Perodua Aruz ini turut ditampilkan dalam lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan juga Amazon Green.

Di samping itu, bagi Perodua Aruz varian Advance, ianya dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan iaitu ASA 2.0.

Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran.

Dengan harga sebegini nampaknya SUV dari Perodua ini mungkin menjadi pilihan buat rakyat Malaysia ketika ini.