Ibu Kandung Paksa Anak Sendiri Buat Aksi Terlampau, Siap Rakam Ditahan Polis

TERKINI
May 05, 2023 - 12:04 PM


Seorang wanita dicekup berhubung melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia 14 tahun di Puncak Alam di sini, kelmarin.

Penahanan suspek berusia 33 tahun itu susulan laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung video lucah hubungan seks antara wanita itu dan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu.

Katanya, suspek terdahulu telah membuat oral seks sebelum menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengannya di sebuah bilik di rumah mereka.

“Suspek juga telah merakam hubungan seks tersebut menggunakan telefon bimbit sendiri. Bagaimanapun polis telah merampas gajet yang digunakan itu, manakala mangsa telah diserahkan kepada pihak JKM,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati adalah negatif.

Ramli menjelaskan suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Destination: