Industri Pelancongan Bali ‘Diancam’ Pemandu Pelancong Asing

TERKINI
July 17, 2019 - 02:46 PM


Lembaga Pelancongan Bali telah mewujudkan sebuah pasukan task-force bagi menangani masalah yang sedang berlaku di kepulauan percutian berkenaan iaitu pemandu pelancong haram.

Kerjasama yang dilakukan antara jabatan Imigresen, pihak Polis tempatan dan pelbagai lagi agensi berkenaan adallah untuk menghapuskan kegiatan haram yang dilakukan oleh warga asing.

Langkah ini dilakukan selepas tertangkapnya 15 orang warga Russia yang menjadi pemandu pelancong dan menawarkan pakej tanpa permit yang sah di Bali. Disebabkan peluang yang ada dan permintaan yang tinggi, mereka ini berani menawarkan khidmat tersebut kepada pelancong dari luar yang lain.

Menurut Seminyak Times, ada antara mereka yang ditahan sebenarnya telah diarahkan keluar dari Thailand, lokasi pertama mereka ‘bekerja’ tanpa permit yang sah.

Sebelum ini, modus operandi mereka adalah mengatakan yang mereka bekerja untuk agensi pelancongan. Pada awalnya, mereka memasuki Bali sebagai pelancong, kemudian mula menawarkan pakej kepada pelancong Russia yang lain dengan harga yang jauh lebih murah.

Ini secara tidak langsung menganggu industri pelancongan Bali kerana mereka tidak faham dan tahu tentang Bali yang penuh dengan kesenian dan budaya.

Feature Photo Credit : The Jakarta Post


BACA JUGA