Hilang Duit Gara – Gara ‘Scam’ Mesin ATM Di Bali

TERKINI
July 08, 2019 - 12:44 PM


Sebuah portal berita Australia Mail Online telah melaporkan sejenis ‘scam’ terbaru yang berlaku di Bali. Menurut laporan berkenaan, kebanyakan mesin ATM di Bali akan ‘menelan’ kad dan kemudian mengosongkan akaun anda.

Menurut mangsa yang secara kebetulan merupakan seorang professor dan juga pengasas syarikat insurans LMI mengingatkan supaya pengeluaran wang di Bali hanya dilakukan di mesin ATM yang berada di dalam bank.

Menurut beliau, ada beberapa mesin ATM terutamanya yang terletak di dalam kerdai serbaneka akan menelan kad anda. Jika anda melaporkan perkara berkenaan kepada pemilik kedai, mereka akan syorkan anda memasukkan kod pin untuk mengeluarkan kad.

Malangnya; selepas nombor pin dimasukkan, kesemua duit dalam akaun atau sehingga amaun maksimum akan ‘hilang’. Ini seakan-akan anda telah membuat pengeluaran dan sebenarnya selepas memasukkan pin, kad tersebut tetap akan ‘ditelan’ oleh mesin berkenaan.

Di Bali, memang banyak ATM ditepi-tepi jalan begini. Jadi, hati-hatilah.

Sekiranya pin dimasukkan, pihak bank TIDAK AKAN memulangkan atau menggantikan wang berkenaan, walaupun hakikatnya anda twitter. Antara lokasi yang dikenalpasti menurut tweet mangsa-mangsa antaranya Maybank di Canggu dan Ubud.

Alat yang digunakan untuk 'mencuri' data di kad anda

Jika anda akan ke Bali atau ahli keluarga yang berencana ke sana, pesan awal-awal. Bawa wang tunai secukupnya, jangan gunakan mesin ATM kecuali di cawangan Bank untuk keselamatan.

Nota Editor : Selalu bawak cash, tak kira dalam bentuk RInggit atau Dollar. Dekat sana baru tukar. Tapi, kalau tukar siap-siap lagi selamat. Bawak duit Malaysia sekadar untuk standby ajelah. 


PILIHAN EDITOR


 

Destination: