"Ingat Ikan Bilis?!" - Gadis Seriau Dapat Nasi Lemak Sambal Cicak

VIRAL
July 05, 2023 - 05:17 PM


Siapa sangka, hidangan kebangsaan nasi lemak bakal menjadi satu igauan ngeri seorang gadis. Niat untuk menjamu selera sebungkus nasi lemak bertukar loya dan mual apabila objek yang disangka ikan bilis, rupa-rupanya bangkai cicak.

@ffaateha Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila 🀮🀢🀮 #fyp ♬ 原聲 - mycatso_cute

Fatihahh menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi video menunjukkan dia sedang menguis ‘sambal’ tersebut menggunakan sudu.

“Berniaga boleh tak jangan pengotor sangat? Pengotor tahap apa cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak.

“Hilang selera makan aku,” tulisnya menerusi kapsyen.

Pengguna lain turut menyifatkan kejadian itu sungguh menggelikan, malah ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

“Ya Allah kalau aku menangis dah ni,” kata Ezatizazrin.

“Sedap ni aku dah rasa dulu. Dah makan sebungkus nak makan lagi satu, keluar kepala cicak hancur,” kongsi One.

“Saya pernah membeli nasi lemak daun pisang yang sudah siap balut. Dah makan baru perasan ada tahi burung pada daun pisang di belah belakang,” ujar Nurul.

Destination: