Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditutup 10 Jam Ahad Ini
TERKINIJambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau jambatan kedua Pulau Pinang bakal ditutup Ahad ini untuk satu acara larian iaitu Great Eastern Viper Bridge.
Bermula jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup buat semua pengguna jalanraya selama 10 jam.
Makluman penutupan sementara sepenuhnya Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah dari jam 12:01 pagi sehingga jam 10:00 pagi pada 31 Mac 2019 bagi penganjuran “Acara Great Eastern Viper Bridge”. pic.twitter.com/ZMNOk5inlp
— JSAHMS (Jambatan Kedua Pulau Pinang) (@jsahmsofficial) March 26, 2019
Pengguna jalan raya terutama yang menggunakan susur masuk dan keluar dari arah Batu Maung dan Bandar Cassia diminta merancang perjalanan sepenuhnya dan patuhi arahan serta papan tanda yang disediakan.
Difahamkan, hanya jalan akses dari Bandar Cassia ke Plaza Tol Bandar Cassia (Plaza C) sahaja yang dibuka dan beroperasi manakala kenderaan menghala susur keluar Lebuhraya PLUS masih boleh menggunakan plaza tol tersebut seperti biasa.
Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif lain dan jika berdepan sebarang masalah, hubungi talian hotline Jambatan Kedua Sdn.Bhd di 1300-30-2828 atau ikuti perkembangan di akaun rasmi Facebook atau Twitter.
Sumber : Twitter | Jambatan Kedua