Jual Nasi Lemak Dengan Modal RM3000 Wanita Ini Berjaya Perolehi Pendapatan RM400,000 Sebulan

TERKINI
May 07, 2019 - 01:10 PM


Rezeki tidak pernah salah alamat, nasib wanita ini berubah setelah memulakan perniagaan nasi lemak kira-kira 10 tahun lalu. Bermula dengan hanya menjual secara kecil-kecilan, kini jenama nasi lemak Saleha kian mendapat perhatian.

Siapa sangka dengan hanya bermodalkan RM3,000, seorang penjual nasi lemak kini mampu meraih pendapatan mencecah hampir RM400,000 sebulan.

Saleha Abdullah mula menjual nasi lemak setelah mendapat idea dari suaminya sendiri. Pada ketika itu Saleha hanya bekerja dengan ibunya menjual nasi lemak kira-kira 30 tahun lalu.

Sumber: FMT

Suaminya mencadangkan Saleha menjual nasi lemak di Kampung Pandan. Saleha mula menjual pada peringkat permulaan dalam sekilo beras sahaja. Ia habis dijual dan jumlah itu meningkat dari hari ke hari.

Bermula 2009, Saleha menggunakan modal RM3,000 sebagai modal pusingan secara konsisten, cermat dalam setiap duit yang dikeluarkan. Akhirnya, Saleha berjaya membuka kedai tepi jalan secara kecil-kecilan dan mempunyai lebih 20 pekerja.

Dari segi pusingan modal ini, anaknya banyak membantu dalam menguruskan perbelanjaan dan pusingan modal.

Sumber: FMT

Perniagaannya semakin berkembang dan Saleha membeli beberapa lori bagi tujuan penghantaran.

Kini, perkhidmatan Food Panda turut membantu meningkatkan jualannya. Tetapi, ada juga pelanggan Nasi Lemak Saleha yang yang sanggup beratur panjang khususnya pada hujung minggu demi merasai keenakan makanan popular rakyat berbilang kaum di negara ini.

Nasi lemak Saleha terkenal di sekitar Lembah Klang dan turut mendapat liputan media tempatan mahupun antarabangsa.

Sumber: FMT

Sumber: FMT

Namun, di sebalik setiap kejayaan pasti ada pahit manis yang terpaksa diharungi usahawan. Saleha tidak terkecuali berdepan kesukaran akibat dendam peniaga lain yang dengki dengan kejayaannya sehingga hari ini.

Luahan Siti Saleha:

“Selama ini, saya tak pernah kacau orang, tapi akhirnya menitik juga air mata apabila peniaga lain terlalu dengki dengan kejayaan ini, mereka gunakan MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) untuk merampas kerusi dan meja agar kami tidak boleh beroperasi.

“Selama saya berniaga, walaupun zaman arwah mak ada, saya tak pernah kena teruk seperti ini.

“Namun, ia tidak mematahkan semangat dan usaha untuk terus memajukan cawangan ke-2.”

Hasil usaha gigihnya, Saleha akhirnya mampu membeli sebuah bangunan di Sri Rampai, Wangsa Maju yang bernilai RM3.8 juta dengan bantuan Amanah ikhtiar Malaysia dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Sumber: FMT

Kini kakitangannya telahpun mencecah lebih dari 60 orang dan tidak hairanlah pendapatan RM12,000 sehari,

Nasi Lemak Saleha yang beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 1 pagi menyediakan pelbagai lauk-pauk sampingan, termasuk ayam goreng, sambal sotong, paru goreng berlada dan daging rendang.

Selain lokasinya berhampiran Lebuhraya MRR2, anda boleh juga berkunjung ke sebuah lagi cawangan di Sri Rampai.