Tengah Sedap Makan Nasi Lemak, Wanita Ini Terkejut Dapat ‘Lauk’ Tambahan Lipas Sebesar Ibu Jari!

TERKINI
March 06, 2023 - 06:01 PM


Bila perut sudah lapar, maka kita kurang peka dengan apa yang dimakan, jadi tidak terkejutlah jika ada lipas sekalipun dalam nasi yang sedang dijamah.

Peniaga seharusnya berwaspada dengan kebersihan kedai agar binatang perosak ini tidak senang berada di persekitaran tempat anda menjual.

Seorang wanita menerusi Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Harini Official’, menunjukkan gambar dua ekor lipas dalam bungkusan nasi yang dibelinya.

Syazwani Saharim hanya menyedari kehadiran lipas yang sudah mati ketika makan bungkusan nasi kedua.

“Seusai habis bungkusan pertama, aku buka yang kedua, tengah selak (kais) nampak ada lipas, selak lagi rupanya ada dua ekoq (ekor). Keluar habis urat, perut, pedal.

“Tolonglah peniaga-peniaga sekalian alam, jaga kebersihan anda. Andai ada lipas tu, buang terus dekat rumah, jangan jual dekat kami,” ujarnya.

Seorang pengguna Facebook, Ejat Tarlan berkongsi bagaimana dia fobia selepas termakan kaki lipas dalam sambal ikan bilis.

“Saya pernah terkena juga, tergigit kaki lipas dalam sambal ikan bilis. Sampai sekarang fobia nak makan sambal ikan bilis.

“Lagi-lagi ikan bilis yang ada tulang tu. Rangup-rangup kunyah rupanya kaki lipas,” katanya.

Destination: