[VIDEO] "Jenis Peniaga Malas Lap Daun Pisang Kot" - Wanita Terkejut Jumpa 'Telur Katak' Masa Jamah Nasi Lemak

TERKINI
March 03, 2023 - 12:12 PM


Seorang wanita terkejut selepas menjumpai bendasing seperti telur katak dalam bungkusan nasi lemak yang sedang dijamahnya.

Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, dia mendakwa menjumpai berbiji-biji telur kecil dipercayai telur katak, dan hanya tersedar mengenai hal itu selepas selesai menjamah makanan tersebut.

Dalam video yang dikongsi, jelas terlihat telur-telur itu seperti kulat pada daun pisang.

“Saya dah habiskan nasi lemak baru perasan!

“Mak saya kata itu telur katak tapi rakan saya nak sedapkan hati, dia cakap tu biji selasih. Saya tak akan makan nasi lemak bungkus daun pisang lagi selepas ini,” kata individu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui terkejut selain mendakwa kemungkinan peniaga tidak lap daun pisang dengan elok sebelum digunakan untuk membungkus makanan.

Namun ada juga yang memberitahu bahawa ia bukanlah telur katak, sebaliknya telur serangga yang melekat pada daun pisang.

“Orang nak meniaga dia nak meniaga. Main asal boleh. Masalah juga ni. Memburukkan rezeki peniaga lain yang betul-betul mencari rezeki dengan elok. Inilah dikatakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga,” komen netizen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Destination: