Kesian Pulak Tengok, Luahan Hati Sajat Ketika Menjadi Tahanan Tarik 1.2 Juta Views
TERKINITerbaharu menerusi satu sedutan ketika sesi livee yang dibuat, Sajat sempat berkongsi selepas ditanyakan soalan tentang bergelar tahanan sebelum ini. Kisah luahan Sajat menadapat perhatian netizen sekali lagi apabila perkongsiannya itu mendapat jutaan penonton.
Sebenarnya apa pun Sajat update tentang kisah hidupnya akan sentiasa menjadi bualan warga Malaysia. Mungkin apa yang dibuatnya sebelum ini salah tetapi kita tidak boleh menafikan sebenarnya Sajat banyak memberi hiburan kepada kita semua dengan video-video lawak ketika berceloteh.
@sajatofficialtiktok LUAHAN HATI SEORANG SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #foryoupage #viral #fypシ゚viral ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Kisah mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat kini mendapat perhatian media antarabangsa selepas berita mengenai penghijrahannya ke Australia tular sejak beberapa hari ini.
Kisahnya yang diburu pihak berkuasa akibat mengenakan hijab juga menjadi laporan di ruangan antarabangsa, The New York Times.
Menerusi temu bual yang berlangsung bersama media antarabangsa itu, Nur Sajat memaklumkan dia kini berasa lebih bebas dan tidak terkongkong seperti di negaranya sendiri. Malah, mengakui menemui dirinya yang sebenar di negara tersebut.
“Saya rasa terkongkong di negara sendiri, di tempat saya dilahirkan sebab undang-undang menjenayahkan saya dan menganggap saya sebagai lelaki,” katanya.
Dakwa diraba pihak berkuasa
Namun, apa yang lebih mengejutkan ketika sesi temu bual bersama The New York Times, Sajat mendakwa dirinya telah diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil memberi keterangan pada Januari lalu.
Menurutnya, perkara itu disaksikan sendiri oleh ibunya yang turut menyifatkan perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak terbabit.
“Mereka berasa tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.” jelasnya.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari Sajat membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, pihak berkuasa telah memaklumkan seorang pegawai penguatkuasa agama telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Terdahulu, Sajat mengesahkan dia telah berhijrah ke Australia dan telah sah ‘bercerai’ talak tiga dengan Malaysia.