"Munafik La Korang Ini" - Sajat Tempelak Pembeli Kek Tapak Kuda Guna Bahan Yang Diboikot
TERKINISemenjak dua menjak ini, memang viral kek tapak kuda sehingga ada yang sanggup beratur lama semata-mata untuk mencuba makanan tersebut. Yang terbaru, ada pula kak tapak gajah yang mana ia merupakan saiz yang berganda besar berbanding kek tapak kuda.
Isu kek tapak kuda yang viral ini menarik perhatian pempengaruh dan jutawan kosmetik, Sajat. Menurut individu tersebut, pembelian kek tapak kuda itu menunjukkan bahawa golongan pembeli dan penjual adalah munafik.
Ini kerana ada diantara bahan-bahan isian kek itu datang dari jenama yang diboikot. Antara bahan isian untuk kek tersebut adalah matcha crunchy, biscoff crunchy, nutella, oreo, kitkat dan lain-lain.
Berdasarkan sebuah video di TikTok, Sajat mempertikai tindakan penjual yang menggunakan bahan yang diboikot seperti nutella tanpa rasa bersalah.
"Kau kata jangan ... Letak nutella bagai. Nutella tu bukan brand yang kena boikot ke? Munafik la korang ni," ujarnya kepada golongan penjual.
Selain itu, Sajat juga dilihat menghentam pembeli yang kononnya ingin memboikot brand-brand yang menyokong Israel namun dilihat membeli kek tapak kuda.
"Kata taknak support bagai tetapi ...." katanya lagi.
@jen.rjane "aku memang tapakkan kak! aku dekat muk@ korang" JANGAN req sajat buat tapak kuda eh HAHAH 😂😂 @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 ♬ original sound - 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ
Kenyataan yang dikeluarkan Sajat itu menarik perhatian netizen yang bersetuju dengan apa yang dikatakan selain meminta penjual yang menggunakan bahan diboikot ini untuk beringat kepada saudara kita di Palestin yang masih disiksa sehingga ke saat ini.
Kredit: TikTok & Oh Media