Korang Nak Bercuti Fly Dari KLIA Terminal 2? Wanita Ini Kongsi Jumpa Minuman Unik '3 In 1', Nampak Sedap!

TERKINI
August 01, 2023 - 07:10 PM


Pantang dengar makanan atau minuman viral, pasti laju saja orang Malaysia akan serbu sesebuah kedai itu

Iyalah, rugi kalau tak cuba benda-benda viral ini. Sekurang-kurangnya, kita dah tahu macam mana rasa minuman atau makanan yang digembar-gemburkan itu. Sedap atau tidak bukan?

Baru-baru ini, tular pula sebuah posting di laman Facebook memaparkan seorang wanita berkongsi minuman kopi 3 in 1 di KLIA Terminal 2 telah mencuri tumpuan ramai.

Jumpa Air Unik, Boleh Pesan 3 Jenis Minuman Sekaligus

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Zurianty Sudin, kelihatan wanita itu terjumpa sebuah kedai kopi yang menjual tiga jenis minuman berbeza di dalam satu cawan yang menurutnya sangat unik.

Baru jumpa kedai kopi best kat KLIA2 ni. Nama dia Luck Bros. Paling best benda ni. 3 in 1 cup. Boleh pilih 3 jenis kopi atau 3 jenis air (teh, cham,kopi).

"So untuk yang nak try minum tiga jenis atau anak ramai macam I tak mahu bazir order sorang satu air, cup ni sangat sesuai. Brilliant sungguh pencipta 3 in 1 cup ni.

"Harga dia RM15 tak silap. Rasa kopi dia pun sedap. Akan jadi tempat favourite melepak sementara tunggu nak boarding lah lepas ni," katanya.



Ternyata, sekeping gambar itu berjaya mencuri tumpuan warganet di Facebook dan dengar cerita, ramai yang sudah teracun untuk membeli kopi viral itu.

"Kalau post ni ramai orang share, mesti tak lama lagi viral jual kopi bekas macam ni pulak" - Warganet

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut teruja dan ingin mencuba kopi 3 in 1 itu.



 

Sumber: Says.com

Destination: