Lombok Dilanda Gempa, Pelancong Lapor Diri Segera!
TERKINILombok sememangnya satu destinasi pelancongan yang sangat digemari rakyat Malaysia kerana keindahan alam semulajadinya seperti pulau Gili Trawangan dan Gunung Berapi Rinjani.
Justeru, tak hairanlah setiap tahun ramai pelancong Malaysia memilih destinasi tersebut untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan serta berbulan madu.
Malangnya, semalam berlaku dua kejadian gempa bumi melanda lokasi percutian itu di mana gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok - Nusa Tenggara Barat.
Kemudian disusuli dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.2 Skala Richter, berpusat 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat pada pukul 2.09 petang.
Sehingga kini, 3 mangsa meninggal dunia termasuk dua daripadanya adalah rakyat Malaysia yang sedang bercuti ke sana.
Seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Datin Tai Siew Kim, 56 tahun dan merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily.
Ketika kejadian, seramai 22 pelancong rakyat Malaysia dilaporkan terperangkap di kawasan tanah runtuh di Air Terjun Tiu Kelep, Senaru Baru di Lombok Utara, Indonesia.
Usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa kini sedang giat dijalankan pihak berkuasa tempatan.
Jadi kepada rakyat Malaysia yang mungkin berada di kawasan terjejas dinasihatkan supaya melaporkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atau menghubungi talian +62 813 8081 3036 atau emel [email protected].
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau ingin merancang perjalanan ke sana adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia melalui pautan https://goo.gl/ixYVfy
P/S: Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan sama-sama kita mendoakan semoga kesemua mangsa terlibat berjaya diselamatkan serta Lombok kembali pulih untuk dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia!