Muhyiddin, Shafie Apdal & Hadi Awang Paling Banyak "Ponteng" Sesi Dewan!

TERKINI
November 04, 2022 - 04:20 PM


Memandangkan tidak lama lagi rakyat Malaysia bakal memilih wakil mereka yang akan bersuara di dalam Dewan Rakyat -- mungkin senarai Ahli Parlimen yang ternyata culas dalam menghadirkan diri ke sesi persidangan perlu diambil kira.

Berdasarkan analisis ke atas rekod kedatangan Dewan Rakyat menunjukkan terdapat beberapa Ahli Parlimen kanan terdedah menunjukkan kadar kehadiran lebih rendah berbanding kadar kehadiran purata Dewan Rakyat.

Data tersebut dibekalkan oleh kumpulan masyarakat sivil MyMP yang menjejaki kehadiran dengan menganalisis Hansard Dewan Rakyat untuk lima persidangan lalu, iaitu sejak 26 Julai tahun lepas.

Secara keseluruhan, Ahli Parlimen dikehendaki menunaikan tanggungjawab mereka untuk hadir di Dewan Rakyat selama 71 hari sejak tarikh tersebut.

Sebelum ini, rekod kehadiran bukan sebahagian daripada hansard.

AHLI PARLIMEN DENGAN REKOD KEHADIRAN CEMERLANG

Rekod yang sama juga menunjukkan ada 18 Ahli Parlimen menunjukkan kehadiran cemerlang apabila hadir pada semua hari persidangan. Kebanyakan mereka adalah wakil rakyat di blok pembangkang.

8 daripada mereka ialah Ahli Parlimen mewakili DAP, diikuti 3 lagi wakil Amanah.

Berikut ialah senarai ahli parlimen yang mencatatkan kehadiran sempurna:

1. Nor Azrina Surip (PKR – Merbok)

2. Wong Chen (PKR - Subang)

3. Wilfred Madius Tangau (Upko - Tuaran)

4. Wong Hon Wai (DAP - Bukit Bendera)

5. Wong Kah Woh (DAP - Ipoh Timur)

6. Thomas Su Keong Siong (DAP - Kampar)

7. Nga Kor Ming (DAP - Teluk Intan)

8. Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP - Segambut)

9. Fong Kui Lun (DAP - Bukit Bintang)

10. Anthony Loke Siew Fook (DAP - Seremban)

11. Alice Lau Kiong Yieng (DAP - Lanang)

12. Mohd Anuar Mohd Tahir (Amanah - Temerloh)

13. Khalid Abdul Samad (Amanah - Shah Alam)

14. Hasan Bahrom (Amanah - Tampin)

Sementara itu di blok kerajaan, ada 4 orang yang mencatatkan kehadiran penuh -- iaitu 2 daripada PAS dan masing-masing seorang mewakili Bersatu dan Umno.

Mereka ialah:

1. Zakaria Mohd Edris (Bersatu - Libaran)

2. Mohd Salim Mohd Shariff (Umno - Jempol)

3. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS - Sik)

4. Che Abdullah Mat Nawi (PAS - Tumpat)

Secara purata setiap ahli Dewan Rakyat berada selama 56.5 hari di Dewan Rakyat sepanjang tempoh tersebut.

AHLI PARLIMEN DENGAN REKOD KEHADIRAN BURUK

Bagaimanapun ada segelintir ahli parlimen yang tidak hadir walaupun setakat satu per tiga jumlah hari yang ditetapkan. Mereka ialah:

1. Mahdzir Khalid (Umno - Padang Terap) - hadir 23 hari daripada 71 hari

2. Abdul Hadi Awang (PAS – Marang) - 21 hari daripada 71 hari

3. Mohd Shafie Apdal (Warisan – Semporna) - 20 hari daripada 71 hari

4. Hamzah Zainudin (Bersatu – Larut) - 20 hari daripada 71 hari

5. Reezal Merican Naina Merican (Umno - Kepala Batas) - 18 hari daripada 71 hari

6. Muhyiddin Yasin (Bersatu – Pagoh) - 17 hari daripada 71 hari

7. Michael Teo Yu Keng (PKR – Miri) - 13 hari daripada 71 hari

REKOD PALING BAIK & BURUK OLEH PEMIMPIN TERTINGGI PARTI

Rekod juga menunjukkan beberapa pemimpin tertinggi parti tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pengikut mereka dari segi kehadiran di Dewan Rakyat.

Rekod kehadiran paling teruk dalam kalangan pemimpin tertinggi parti dimiliki Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu.

Beliau hanya hadir di Dewan Rakyat sebanyak 17 daripada 71 hari itu.

Sebaliknya, Presiden UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu), Madius Tangau mempunyai rekod kehadiran terbaik dalam kalangan pemimpin tertinggi sesebuah parti.

Secara purata, Ahli Parlimen menghadiri 56.5 daripada 71 hari.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mempunyai purata kadar kehadiran 63.1 hari -- lebih baik daripada purata blok kerajaan iaitu 52 hari bagi setiap Ahli Parlimen.

P/S: Jadi lepas ni korang buatlah analisis sendiri sebelum pilih Ahli Parlimen kawasan korang masing-masing. Kalau kat Universiti ni dah kena memo ni banyak ponteng! Hehehe....

Destination: