
Operasi Perkhidmatan Komuter Dilanjutkan Sempena Sambutan Tahun Baru
VIRALKTMB dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata bahawa pihak mereka akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan komuternya hingga 2 pagi pada Ahad ini sempena sambutan ambang tahun baru 2018.
Tren tambahan itu akan beroperasi di laluan KL Sentral – Batu Caves - Seremban -Pelabuhan Klang – Rawang – Tanjung Malim – KL Sentral.
Tren tambahan ini diharap dapat memudahkan pergerakan orang ramai yang ingin meraikan sambutan ambang tahun baru yang dianjurkan di ibu kota seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.
Jadual tren terakhir KL Sentral ke Batu Caves ialah pada 1.30 pagi, ke Seremban (1.35 pagi), Pelabuhan Klang (1.40 pagi) dan Rawang – Tanjung Malim (1.50 pagi).

Walau bagaimanapun, tren tambahan ini tidak akan berhenti di stesen perantaraan untuk laluan Rawang – Tanjung Malim. Stesen perantaraan yang dinyatakan ialah Serendah, Batang Kali, Rasa dan Kuala Kubu Bharu.
Tiga stesen KTM Komuter yang melanjutkan waktu operasi sehingga perkhidmatan tambahan terakhir tamat adalah stesen Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral.
Orang ramai juga dinasihatkan menggunakan Kad Komuter Link atau ‘Touch n Go’ untuk memastikan kelancaran perjalanan.
Untuk memudahkan anda merancang perjalanan, jadual waktu tren tambahan secara lengkap boleh didapati di laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau Twitter @ktm_berhad.
Sumber : Bernama
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video