"Pandai Makan Pandai Simpan" - Kabin Kru Dikenakan Tindakan Tatatertib Akibat Tweet Azfar Heri Dapat Kacang Mas Satu Plastik

TERKINI
September 07, 2022 - 03:32 PM


Perkongsian Azfar Heri  seorang Youtuber terkenal mendapat reaksi yang kurang senang dari netizen. Semuanya berpunca dari satu tweet yang menunjukkan beliau mendapat layanan istimewa hanya disebabkan beliau seorang 'influencer' dakwa netizen.

Zarul Umbrella yang juga bekas pramugara MAS telah terpanggil untuk menjawab isu tersebut. Beliau kongsikan pendapat beliau tentang apa yang berlaku di akaun TikTok-nya.

@zarulumbrellaofficial

Ini pendapat saya melalui pengalaman

♬ original sound - zarulumbrellaofficial

Menurutnya, sepatutnya penumpang hanya diberikan sebungkus pek kacang sahaja dan bukanlah banyak seperti itu. Setiap penumpang hanya perlu diberikan sebungkus atau maksimum tiga hingga lima pek mengikut permintaan jika mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Malah, Zarul mengatakan mungkin pihak kabin kru telah menasihati Azfar untuk merahsiakan hal tersebut ataupun sebaliknya berlaku. Bukan itu sahaja, hal ini menunjukkan kesilapan berlaku kerana pelanggaran SOP.

Kecoh di Twitter pula ada beberapa pengguna mengatakan bahawa akibat dari perkongsian Azfar Heri kabin kru yang terlibat telah  dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan Malaysia Airlines. Tak memasal dah kecoh, lepas ini pandai makan pandai simpan ya!

Destination: