
Pelajar Dakwa Dikenakan Bayaran Hampir 1,200 Euro Untuk Makanan Di Venice
VIRALDatuk Bandar Venice, Luigi Brunaro telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan disana untuk menyiasat dakwaan oleh beberapa pelancong dari Jepun. Mereka dikatakan dikenakan bayaran hampir 1,100 Euro untuk sepinggan ikan goreng, steak dan air mineral.
Menurut Brunaro lagi, pemilik restoran berkenaan akan dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.
Memetik laporan di Daily Miror, restoran yang dimaksudkan ialah Osteria da Luca iaitu salah sebuah restoran yang terletak berhampiran St Mark’s Square. Tambah laporan berkenaan, pelancong atau lebih tepat lagi pelajar daripada Jepun itu sedang bercuti di Venice.
Status pembayaran bil berkenaan tidak diketahui tetapi mereka mengesahkan bahawa terdapat aduan formal diterima.
Jika dilihat di TripAdvisor, restoran Osteria da Luca ini memang mendapat maklum balas dan rating yang teruk. Berdasarkan 329 review, mereka hanya menerima rating sebanyak 1.5 daripada 5 dan menurut salah seorang pengunjung ke restoran berkenaan, beliau dikenakan bayaran sebanyak 50 Euro (Rm250) untuk 3 kola dan segelas beer.
Sumber : CNA
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video