Pelancong Nyaris Maut Powerbank Tiba-Tiba Terbakar Di Lapangan Terbang!

PANAS
July 26, 2019 - 01:18 PM


Seorang pelancong asing yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Thailand nyaris maut apabila powerbank yang dibawanya tiba-tiba terbakar.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan video tersebut dimuatnaik pihak berkuasa lapangan terbang, baru-baru ini sebagai pengajaran kepada para pelancong dan penumpangnya mengenai betapa bahayanya jika powerbank terbakar ketika berada dalam pesawat.

Dalam rakaman kejadian yang berlaku pada Ahad lepas itu mendapati  percikan api tiba-tiba muncul dari bahagian bawah beg yang dibawa wanita asing itu ketika dia sedang berjalan di depan terminal penumpang lapangan terbang.

Wanita yang terkejut itu terus berlari dan mencampakkan beg sandangnya ke atas jalan raya.

Dia kemudian dilihat menarik semula bagnya dari jalan, namun meninggalkan powerbank dan beberapa barang lain yang masih terbakar.

Video juga menunjukkan pengawal keselamatan berdiri berhampiran peranti yang terbakar itu untuk mengambil gambar, namun percikan api besar menyambar lagi buat kali kedua hingga menyebabkan lelaki itu melarikan diri.

Pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai bertindak memuatnaik video berkenaan di laman Facebook bagi menunjukkan kepada penumpang mereka betapa pentingnya penguatkuasaan larangan memasukkan powerbank di dalam bagasi ketika check-in.

Sumber: Bangkok Post

 

 

;