Pemandu Grab Akan Berkurangan, Masa Menunggu, Tambang Dijangka Naik 50 Peratus

TERKINI
July 11, 2019 - 10:42 AM


Bermula 12 Julai 2019, Grab di Malaysia akan mengalami pengurangan pemandu apabila peraturan baharu e-hailing dikuatkuasakan.

Menurut pengumuman pihak Grab Malaysia, kesemua pemandu perlu menepati kesemua syarat yang ditetapkan sebelum mendapat kelulusan serta lesen PSV (Public Service Vehicle) sama seperti pemandu teksi dan pemandu pengangkutan awam yang membawa penumpang.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan Grab akan kehilangan ramai pemandu terutamanya yang membuat perkhidmatan tersebut secara separuh masa. Menurut laporan The Star, hanya 62% daripada pemandu Grab yang ada sekarang ini mempunyai lesen PSV, lebih kurang 10,151 orang pemandu sahaja.

Difahamkan, kesemua pemandu Grab diwajibkan melakukan 5 perkara iaitu; Semakan Latarbelakang, Latihan Memandu Selama 6 Jam, Ujian Pemanduan JPJ, Pemeriksaan Kenderaan Puspakom dan Pemeriksaan Kesihatan.

Secara logiknya, pemandu-pemandu part-time Grab pasti merakasan proses ini adalah melecehkan, dan kebanyakannya terikat dengan komitmen pekerjaan lain.

Dengan kekurangan pemandu ini, pihak Grab menjangkakan perkhidmatan mereka akan sedikit terganggu dan ia termasuklah pengalaman pelanggan. Ini bermaksud, pelanggan perlu menunggu lama untuk mendapatkan pemandu mereka disebabkan jumlah yang telah berkurang.

Apa yang disarankan adalah; buat tempahan awal dan elak menggunakan Grab pada waktu puncak iaitu 7 – 9 pagi dan 5 hingga 8 malam.

Selain itu, Grab juga menjangkakan kenaikan tambang mereka disebabkan permintaan yang tinggi dengan pemandu yang kurang lebih-lebih lagi pada waktu puncak ataupun ketika hujan.

Difahamkan, pengurangan pemandu ini tidak melibatkan perkhidmatan Grab yang lain seperti GrabFood dan GrabExpress kerana ia peraturan terbaru e-hailing ini hanya dikenakan kepada perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan peribadi seperti GrabCar, JustGrab dan lain-lain.

Senarai E-Hailing Alternatif :

1. JomRides

2. Mula

3. Riding Pink

4. Dacsee

5. MyCar

6. DIFF

7. Frenzt