Penerbangan Lewat ? Mungkin Salah Satu Daripada Sebab Ini Berlaku

PANAS
March 28, 2019 - 05:02 PM


Selain sering bertukar ‘gate’, salah satu perkara yang sangat annoying bila nak travel adalah penerbangan lewat. Tak kiralah yang diberitahu awal, atau dah duduk dalam pesawat, pesawat tak gerak-gerak. Mesti pernah kan terjadi macam ni?

Memang kadang-kadang, perkara yang berlaku adalah memang tak dapat nak dielakkan dan memang diluar jangkaan.

Kalau penerbangan lewat, sebenarnya mungkin berlaku salah satu daripada perkara ini :

#1. Menanti Penumpang Transit / Penumpang Lewat

Kebiasaan yang berlaku kalau naik penerbangan termpatan, kes penumpang lewat. Lagi-lagi kalau dekat KLIA2, sebab gate jauh. Hehe.

Selain daripada tu, sejenis yang suka jalan lambat-lambat walaupun waktu boarding dah sampai ni satu hal jugak, konon-konon ‘cool’, padahal satu kapal terbang hagin tunggu dia.

Selain tunggu penumpang lambat, kadang-kadang airline ni baik hati, tunggu penumpang yang transit. Tapi ada jugak ‘cut-off’ time dia, kalau lambat jugak. Itu yang selalu kes meroyan dekat FB tu, kena tinggal flight. Lepas tu buat lah cerita bukan-bukan.

 

#2. Menanti Barang Penumpang / Keluarkan Barang Penumpang

Selain penumpang, beg juga kadang-kadang boleh melambatkan penerbangan. Menurut undang-undang penerbangan, beg tanpa tuan akan dirampas dan mungkin dilupuskan oleh pihak keselamatan lapangan terbang.

Kes yang biasa berlaku adalah, beg dah masuk ke pesawat, tapi penumpang sangkut di imigresen atau kastam dan tidak dibenarkan terbang. Kalau kes ini berlaku, pihak penerbangan terpaksa membuka semula bahagian bagasi untuk cari dan keluarkan beg penumpang terbabit. Jadi proses ini melambatkan penerbangan.

 

#3. Menanti Kargo

Kadangkala, apa yang berlaku adalah kargo tiba tidak mengikut jadual penerbangan dan secara tak langsung menganggu dan memberikan kesan kepada jadual penerbangan lain.

 

#4. Barangan Penumpang Tak Sampai

Kes tadi, beg dah masuk penumpang tak ada. Kes kedua yang boleh terjadi adalah penumpang sampai, tapi beg yang di’check-in’ belum berada dalam pesawat. Nak taknak, terpaksa lah tunggu beg masuk dahulu baru boleh terbang.

 

#5. Kelewatan Pemeriksaan Enjin / Kabin

Sebelum dan selepas satu penerbangan, enjin dan kabin pesawat akan diperiksa oleh petugas. Selepas pastikan semuanya sempurna, baru dibenarkan penumpang masuk. Jika ada masalah, disinilah berlaku kelewatan.

Biasanya kalau ada masalah macam ni, pilot akan umumkan ‘maaf, ada masalah teknikal’. Jangan panik, mungkin flight sebelum tu, ada orang muntah, dan perlu dibersihkan dahulu.

Nota Editor : Selalu kena dekat KLIA2, flight tunggu dalam 10 hingga 15 minit jugak daripada waktu yang dijadualkan. Penumpang lambat tu masuk berlenggang macam tak bersalah. Sakit pulak hati kite!

JANGAN LUPA DAFTAR DIRI KE KEDUTAAN BILA KELUAR NEGARA 

PULAU PINANG DESTINASI TERBAIK PERCUTIAN MUSIM BUNGA - CNN

;