"Pelaburan Yang Sebenar!" - Peniaga Berani Claim Jual Handsock & Botol Yang Dipakai Billie Eilish!

TERKINI
August 22, 2022 - 11:05 AM


Khamis lalu, baru je berlangsung konsert pertama Billie Eilish di Malaysia! Memang mendapat sambutan yang hangat. Biarpun sebilangan besar peminat yang hadir kecewa dengan pihak penganjur atas beberapa faktor.

Bukan selalu Malaysia dihadiri penyanyi bertaraf antarabangsa ni kan, mesti ada beberapa kerenah peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual sesuatu dengan cara yang cukup kreatif!

Terbaharu, viral di media sosial yang menunjukkan handsock terpakai yang kononnya dipakai oleh Billie Eilish semasa konsertnya yang berlangsung di Bukit Jalil! Bukan itu je, botol yang di 'claim' diminum oleh artis tersebut turut dijual!

Demi mengukuhkan dakwaan tersebut, penjual mengatakan bahawa handsocks dan botol tersebut berjaya didapatkan dengan bantuan krew konsert!

Yang menjadi perbualan netizen adalah harga kedua-dua barang tersebut. Dijual pada harga yang agak mahal iaitu RM1,200 untuk botol air dan RM4,800 untuk handsock. Inilah definisi perlaburan yang sebenar!

Destination: