Phuket dan Krabi Dipilih Sebagai Lokasi Penggambaran Fast & Furious 9

TERKINI
July 02, 2019 - 10:56 AM


Jika korang ke Phuket atau Krabi bulan ini, jangan terkejut kalau terserempak dengan The Rock, Dwayne Johnson atau Vin Diesel.

Dikhabarkan, kru produksi dan pelakon filem Fast & Furious 9 akan ‘berkampung’ di Thailand untuk penggambaran sekuel terbaru francais berkenaan.

Lokasi pergambaran khusus tidak dinyatakan namun dari beberapa sumber, mereka memilih untuk shooting di Phuket, Phang Nga dan Krabi.

12 Jun lalu, pengurus produksi filem Fast & Furious 9, Piya Pestonji telah berjumpa dengan Gabenor Krabi untuk membincangkan butiran mengenari penggambaran filem berkenaan.

Pemilihan beberapa lokasi di Thailand ini merupakan peluang kepada negara berkenaan untuk menjadi hos kepada francais besar industri filem dan ini secara tidak langsung akan memberikan lagi impak positif kepada industri pelancongan serta ekonomi penduduk tempatan.

Bayangkan sahaja, Dom Toretto tengah lepak minum di sebuah kedai, semestinya lokasi berkenaan akan penuh dengan peminat Fast & Furious selepas ini. Sama seperti impak yang mereka berikan kepada Dubai.

Penggambaran di Thailand dijangka bermula bulan ini daripada 1 hingga 27 Julai dan beberapa hari kebelakangan ini, banyak gambar kereta-kereta mewah dan dipercayai untuk penggambaran filem berkenaan dikesan di Krabi.

 

p/s: Lajak lah ke Kuala Lumpur sekali, main drift depan KLCC ke.. Hehe. Tak pun, Dom lari ke Langkawi ke untuk lay low dari buruan polis..


PILIHAN EDITOR

Destination: