"Puas Hati, Biadap Sangat!" - Pagar Kafe 'Viral' Akhirnya Dibuka Semula

TERKINI
January 31, 2023 - 04:57 PM


Viral baru-baru  ini apabila satu kafe membina pagar di luar untuk menghalang motosikal dari parking di kawasan kafe tersebut. Pembinaan pagar yang menyusahkan pejalan kaki ini telah menimbul pelbagai persoalan dan respon netizen yang mempertikai tindakan yang dibuat.

Respon dari pemilik kedai juga tidak kurang hebatnya apabila berani mempertahankan tindakannya di media sosial.

Tak cukup dengan itu, respon dari tuan kedai juga bernada sombong dan juga biadap. Tak cukup dengan pertahankan pendirirannya, dia keluarkan kenyataan yang tidak sensitif terhadap golongan OKU.

Terkini, isu ini telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di mana pihak MBPG tampil membuka semula pagar di kawasan kaki lima premis perniagaan tersebut.

Difahamkan langkah pembukaan pagar ini dibuat berikutan ketiadaan permit atau kebenaran daripada pihak MPBG selepas mengeluarkan dua kali notis lawatan sebelum tindakan penguatkuasaan tersebut diambil kepada pemilik premis yang terlibat.

Hasil pemantauan dan pemeriksaan susulan yang diadakan mendapati bahawa pemilik premis tersebut masih gagal mematuhi notis lawatan yang telah dikeluarkan.

 

Destination: