"Pukul 12.43 Pagi, Tiba-tiba Ada Lelaki Dekat Balkoni!" - Seorang Wanita Kongsi Detik Cemas, Lelaki Panjat Balkoni Tingkat 12
TERKININak kata negara kita satu negara yang tidak selamat adalah kenyataan yang agak jauh sekali. Namun, ancaman boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di rumah. Seorang pengguna Twitter @PhoebeShafinaz berkongsi satu tweet menceritakan satu insiden yang mengejutkan menimpa dirinya dan suami
Allah masih sayang kan kami. Simple but important reminder from me to alwaysss lock your doors and stay safe ya guys 🤍 pic.twitter.com/u6huiBYWpS
— Phoebe Shafinaz 🤍 (@PhoebeShafinaz) March 30, 2023
Mesti pernah terlintas dalam fikiran kita kan, mana mungkin penyamun mampu memanjat balkoni rumah kita yang berada di tingkat 12? Namun, sebaliknya ia terjadi kepada Phobe dan suami. Kejadian tersebut berlaku pada 12.43, pagi ketika mereka berdua sedang bersantai di ruang tamu.
Tiba-tiba suami Phoebe menjerit! Mana tidaknya tiba-tiba ada seorang lelaki asing berada di balkoni rumah mereka. Secara sepontan, sang suami terus berlari ke pintu balkoni untuk mengunci. Mujur kerana tindakan pantas, lelaki itu tidak berjaya membuka pintu.
Trauma dengan kejadian tersebut, Phoebe dan suami nekad untuk bermalam di hotel untuk menenangkan diri. Kita wajar ambil iktibar dari perkongsian ini. Jangan lupa untuk mengunci pintu balkoni, tingkap ataupun mana mana akses untuk ke dalam rumah biarpun kita tinggal dia aras yang tinggi.
Sumber dan Kredit: @PhoebeShafinaz (Twitter)