Sajat Kini Dikatakan Berperang Dengan Wartawan Senior Pula...

TERKINI
December 21, 2018 - 11:49 AM


Sejak-sejak akhir ni nama Sajat kembali trending, ada sahaja tindakan Sajat akan menarik perhatian netizen. Terbaru isu jantina Sajat yang mana semua sudah maklum bahawa Sajat ini lelaki namun masih lagi ingin menutup fakta itu. Bak kata orang kalau bangkai semut boleh lagi nak tutup ni bangkai gajah, lama-lama akan berbau juga.

Dengan kes ini nampaknya Sajat mula mengishtiharkan perang dengan wartawan.

Jom tengok apa kata wartawan tentang isu Sajat ni.

Ke hadapan saudara Muhammad Sajjad Kamaruzaman,

Saya, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN merupakan salah seorang wartawan yang bertugas membuat liputan kes anda semalam.

Adalah malang sekali apabila anda cuba mengejutkan “harimau” yang sedang tidur.

Dalam setiap caption anda penuh dengan kata-kata fitnah terhadap profession kami.

Saya senaraikan:

1) wartawan buat kerja tidak betul
2) Edit story
3) Putar belit

Habis apa yang betulnya?

Oh! Mungkin yang betulnya kena tulis nama Nur Sajat lah ye sebagaimana PA awak merayu-rayu kepada saya dan kawan-kawan.

Berkali-kali PA awak call dan whatsapp saya minta saya dan kawan-kawan tarik nama sebenar Muhammad Sajjad.

Tapi walaupun panjang lebar saya explain kepada PA awak mengenai skop tugas kami, nampaknya awak masih tidak berpuas hati.

Untuk makluman semua, kami (wartawan desk mahkamah) hanya menulis berdasarkan FAKTA yang BERADA DI TANGAN kami.

FAKTA yang DISAHKAN dan TIDAK BOLEH DINAFIKAN.

Setakat senarai kes yang ada di notis, itu adalah perkara biasa yang mahkamah buat bagi memudahkan orang awam menyemak kes mereka.

Untuk makluman, semua kes diletakkan nama penuh OKT( Orang kena tuduh), OKS (Orang Kena Saman), dan Orang kena Cukai termasuk nama- nama penuh syarikat atau pihak- pihak terbabit.

Tak ada tulis nama samaran ye.

Sebab apa? Sebab Mahkamah adalah salah satu badan kerajaan yang merupakan institusi menegakkan KEADILAN.

Kalau KERTAS PERTUDUHAN ada dalam tangan kami, putar belit apa ye Muhammad Sajjat?

Putar belit sebab letak nama penuh awak ye? Hekhek

Untuk makluman awak, Peguam Negara sebelum ini MEMBENARKAN kami mendapat kertas pertuduhan agar dapat memberi maklumat tepat kepada masyarakat dalam setiap laporan.

Sekarang awak nafi tak bawa MyKad ke mahkamah.

Sedar atau tidak, setiap pergerakan awak di dalam mahkamah direkodkan oleh CCTV setiap penjuru.

Usahkan CCTV, kami pun nampak awak gelabah tetek cari MYKad dalam beg sebelum tampil kehadapan memaklumkan tidak bawa ic.

Hakim Rofiah Mohamad masih boleh consider lagi even awak tak bawa MyKad dan minta lesen memandu.

Itupun awak tak bawa.

And lucky Puan Asyikin Pegawai Pendakwa Kastam ada salinan MyKad awak.

Jangan kata kami putar belit kerana setiap laporan kami BERSANDARKAN DOKUMEN sedangkan awak try hard menegakkan benang basah sehingga terbelit diri sendiri.

Suka saya ingatkan awak Muhammad Sajjat, memberi atau mereka keterangan palsu apatah lagi di dalam mahkamah boleh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Hukuman tersebut bermaksud awak wajib dipenjarakan dan dikenakan denda.

Kenduri lah wey banduan kat dalam tuh!

Helluu pulisss, tangkap ini orang!

Sekian.

Sumber: FB Eyrra Buqhairah

Ini pula kenyataan Sajat yang mengundang komen dari wartawan senior ini