Sedih Betul Baca Kisah Perceraian Mizz Nina & Noh. Ini 18 Trivia Tentang Mizz Nina Yang Confirm Korang Tak Tahu!

VIRAL
August 05, 2022 - 01:09 PM


Semalam kita dikejutkan dengan berita penceraian pasangan selebriti popular iaitu Mizz Nina & Noh Hujan.

Ramai terperanjat dengan berita itu yang pada akhirnya disahkan juga oleh kedua bekas pasangan suami isteri tersebut menerusi hantaran posting di Instagram mereka masing-masing.

Ada desas-desus berkata punca keretakan rumah tangga yang selama ini dilihat bahagia adalah berpunca daripada penyebaran beberapa video kurang sopan yang didakwa menyerupai Noh Hujan, sehinggakan Mizz Nina dilihat beberapa kali juga memuatnaik status peribadi di media sosialnya seakan meluahkan kekecewaannya itu.

Dengan takdir Tuhan, mahligai yang dibina selama 11 tahun sejak 2 Julai 2011 akhirnya musnah.

Perkembangan terkini status rumah tangga keduanya pastinya mengundang perdebatan dan komen daripada netizen yang rata-rata menyalahkan Noh serta bersimpati dengan Mizz Nina yang dilihat telah banyak berkorban demi mencari hidayah Allah serta mempertahankan perkahwinannya.

Namun siapalah kita untuk menjatuhkan hukum dan siapalah juga kita untuk menentukan pihak yang bersalah kerana bukan kita yang menjalani hidup mereka.

Apa-pun jom kita ikuti trivia atau beberapa fakta menarik mengenai Mizz Nina, seorang figura 'luar biasa' yang sering dikagumi netizen dengan cerita penghijrahan dirinya sebagai anak Bilionair, penyanyi antarabangsa, isteri vokalis kumpulan Hujan dan terbaharu ibu angkat kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Musa.

TRIVIA WANITA DI SEBALIK NAMA MIZZ NINA 

1. Nama penuh Shazrina Tan Sri Dato' Azman Hashim, dilahirkan pada 1 Julai 1980 di Kuala Lumpur.

2. Mempunyai 5 adik beradik dan ibunya bernama Tunku Arishah Tunku Maamor.

3. Merupakan anak seorang Bilionair kerana bapanya Tan Sri Dato' Azman Hashim merupakan Pengerusi Ambank dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad serta Pengerusi bagi beberapa anak syarikat Kumpulan AmBank dan juga Amcorp Properties Berhad.

4. Berdasarkan sumber wikipedia, nilai bersih kekayaan Tan Sri Azman dianggarkan berjumlah $600 juta atau bersamaan RM2.4 bilion dan Mizz Nina bergelar anak orang yang pernah menduduki top 10 paling kaya di Malaysia.

5. Mizz Nina kelulusan Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam sebuah universiti di Australia.

6. Kerjaya awal yang diceburi sebagai model, pengacara, penyampai radio, penyanyi R&B dan usahawan.

7. Popular sebagai penyanyi wanita pada zaman gig underground dan pernah digelar "Queen of Hiphop Malaysia" sehingga membuat kolaborasi dengan artis dari USA dan Korea. 

8. Pernah merakamkan album solo : What You Waiting For (2010) dan album berkumpulan (Bersama Teh Tarik Crew) EP Are We Rap Stars now (1999), Album pertama, How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004).

9. Mizz Nina pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis.

10. Memilih vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh sebagai suami dan bernikah di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang serta dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Dato' Azman Hashim kira-kira pada pukul 10.20 malam, Jumaat, 1 Julai 2011 (genap pada tanggal kelahirannya yang ke-31 tahun)

11. Noh dikatakan hanya mempunyai RM8 ribu di dalam akaunnya ketika melamar Mizz Nina.

12. Pada tahun 2013, Mizz Nina memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan berhijab sebaik pulang daripada mengerjakan Haji di Mekah bersama suaminya.

13. Banyak perubahan positif dilakukan Mizz Nina antaranya :-

- banyak melakukan kerja-kerja amal dan misi bantuan kemanusiaan ke luar negara bersama Noh Hujan

- melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan islamik dan gaya hidup muslim iaitu Qalby App

- bangunkan sebuah yayasan kebajikan yang dinamakan, Yayasan Min Qalby.

- mempunyai rancangan temu bualnya sendiri, β€˜The Mizz Nina Show’

- merupakan co-founder saluran TV Islamik iaitu DOPStv

- melalui syarikat produksinya sendiri, Big Fish Entertainment, Mizz Nina menghasilkan program kanak-kanak 13 episod, The Cici & Caca Show

- Mizz Nina siap ada buat VC untuk bantu anak-anak muda yang nak bangunkan bisnes dengan sesi coaching dan early stage investment. 

14. Mizz Nina juga seorang pereka fesyen untuk label fesyen wanita sendiri yang dikenali sebagai Mizz Demeanor dan Madeena Clothing (label fesyen Muslimah). Pada tahun 2014, Mizz Nina menganjurkan bengkel Hari Hijab Sedunia dengan Madeena pada 1 Februari di Amcorp Mall.

15. Sepanjang 11 tahun perkahwinannya, Noh mendedahkan beliau dan isteri sudah enam tahun berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan mendapatkan anak seperti persenyawaan in-vitro (IVF) dan IUI. 

16. Awal tahun 2022, Nina dan Noh mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

17. Ada sumber mengatakan pasangan ini telah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

18. Semalam (4 Ogos) keduanya membuat pengesahan menerusi hantaran Instagram masing-masing memaklumkan bahawa mereka sah bercerai dengan talak satu.

Hebat sungguh kisah penghijrahan dan pencarian hidayah oleh wanita di sebalik nama Mizz Nina ini.

Benarlah kata orang -- semakin kita ingin mendekati Allah, semakin Allah menguji kita kerana sesungguhnya Syurga itu bukan percuma.

Tetapi yakinlah bahawa di sebalik ujian itu sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya dan ada 'hadiah' yang ingin dikurniakan Allah. Ujian juga merupakan penghapus dosa dan sekaligus mengangkat darjat kita di sisiNya. Pada akhirnya insyaAllah Jannatul Firdaus menjadi anugerahNya buat kita.

Sama-sama kita doakan agar Mizz Nina juga Noh sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ini dan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

 

Destination: