"Selamat Bermusafir dan Mencari Diri Ya Nak." - Fadzilah Kamsah Beri Sokongan Pada Puteri Sarah
TERKINIPakar motivasi terkenal, Datuk Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan kata-kata semangat buat pelakon, Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan dengan dugaan rumah tangga.
Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah meluangkan masa bercuti di Dubai Desert Safari bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah.
“Tenangkan dirimu dalam segala situasi karena ketenangan adalah kekuatannya,” kongsinya.
Bagaimanapun, kapsyen itu telah menarik perhatian pakar motivasi berkenaan yang kemudian membalasnya dengan kata-kata positif.
“Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat.
“Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak,” tulis beliau.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen yang sama, ibu mentuanya, Datin Patimah juga turut menyatakan perasaan sebaknya selepas melihat foto percutian itu.