"Sia-Sia Je Bangun Awal Nak Beli Tiket, Bot Yang Sapu!" - Sebab Sebenar Kenapa Tiket Coldplay Cepat Habis

TERKINI
May 18, 2023 - 04:45 PM


Seperti sedia maklum, Band terkemuka dari Britain Coldplay bakal membuat kemunculan pertama di Malaysia pada 22 November nanti. Peminat mereka sudah lama menantikan ketibaan band kesayangan mereka ini.

Namun, ramai peminat yang kecewa kerana tidak berpeluang untuk membeli tiket. Tiket yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia habis dijual pada Rabu, sehari selepas jualan dibuka khusus untuk pengguna kad CIMB.

Salah satu penganjur konsert, Live Nation mengumumkan penjualan tiket ditutup kira-kira 1 tengah hari Rabu, iaitu kurang empat jam selepas jualan umum dibuka pada jam 10 pagi. Ramai peminat yang berpendapat mereka telah dianiaya oleh 'scalper'.

Scalper adalah terma yang diberi buat mereka yang menyonglap tiket dengan menggunakan bot canggih untuk membeli tiket dengan banyak dan menjualnya semula pada harga yang tak masuk akal. Penggunaan bot dalam mendapatkan sesuatu benda dalam kuantiti yang terhad adalah bukan satu perkara yang baru.

Scalper ini bukan hanya ada pada arena penjualan tiket, bahkan apa sahaja item yang beredisi terhad ataupun lubuk yang boleh dibuat duit mereka mesti tidak akan lepaskan peluang. Jadi, untuk menghentikan scalper ini anda perlu boikot mereka yang menjual semula tiket dalam kuantiti yang banyak.

Destination: