"Siap Mintak Lumur Minyak Dekat Kemaluan?" - Ibu Dedah Permintaan PU Azman

TERKINI
July 24, 2023 - 05:58 PM


Ibu kepada salah seorang mangsa kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, mendedahkan yang tertuduh telah meminta anak lelakinya melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Saksi ketiga yang berusia 45 tahun itu berkata demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada prosiding hari pertama kes perbicaraan PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Menurutnya, dia mengetahui perkara berkenaan selepas diceritakan sendiri oleh anaknya yang ketika kejadian berusia 17 tahun.

Tambahnya, kejadian itu berlaku pada 5 Februari 2022 di rumah PU Azman di Sendayan, Seremban.

"Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian PU Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah.

"Dia minta sapukan minyak itu di bahagian kemaluannya sebelum minta memasukkan kepadanya (PU Azman)," katanya.

Kata suri rumah terbabit, dia mula mengetahui perbuatan terkutuk tertuduh selepas didedahkan dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh guru sekolah anaknya pada 27 Ogos 2022.

Jelasnya, dalam pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam itu, pendakwah bebas Firdaus Wong juga ada bersama.

Destination: