Skyscanner Dedah Masa Dan Hari Paling Sesuai Nak Dapatkan Tiket Penerbangan Murah



Bukak sahaja enjin pencarian google, dan cuba taipkan ‘tips dapatkan tiket flight murah’. Ada sehingga 1.3 juta hasil carian dan dalam banyak-banyak tu, boleh dikatakan ramai yang berkongsi tips dan trick untuk membeli tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah.

Kepada yang dah biasa melancong, baik di dalam dan luar negara semestinya ada cara masing-masing dan bergantung pada ‘luck’ juga sebenarnya untuk dapatkan tiket penerbangan murah ni.

Baru-baru ini, Skyscanner, laman yang popular untuk membandingkan harga tiket penerbangan telah mendedahkan satu rahsia untuk dapatkan tiket pernerbangan murah.


PILIHAN EDITOR : 

Tips Nak Beli Tiket Kapal Terbang Untuk Dapatkan Harga Murah...

12 Tips Beli Tiket Flight Murah​

Tips Nak Dapatkan Harga Lebih Murah Untuk Tambang Flight​


Menurut Skyscanner, trend membeli tiket penerbangan pada 2019 telah berubah dan menurut mereka, masa dan hari yang sesuai pada tahun ini adalah pukul 5 pagi! Untuk mendapatkan penjimatan yang maksimum, beli pada hari Selasa untuk penerbangan domestik dan hari Rabu untuk penerbangan antarabangsa.

Tapi, sebelum membeli tiket tu nanti, pastikan korang dah ada merancang atau setidaknya mempunyai idea destinasi yang hendak dituju. Selain beli mengikut hari dan masa yang dinyatakan tadi, menurut Skyscanner lagi, tiket domestik akan lebih murah jika tempahan dibuat tiga minggu lebih awal daripada tarikh penerbangan.

Untuk penerbangan antarabangsa, ambil lima hingga enam bulan sebelum tarikh penerbangan.

Dari segi bulan, kalau nak dapatkan tiket murah, belilah pada bulan Januari, Februari atau Ogos untuk destinasi domestik dan beli tiket untuk keluar negara dengan murah pada bulan Oktober dan April.

Jadi, mengikut pengiraan kasar…

Untuk dapatkan tiket penerbangan murah, korang cuba beli pada : 5 pagi, 23 Julai (Selasa) untuk penerbangan pada 16 Ogos untuk destinasi domestik. Atau, 5 pagi, 13 Mei (Rabu) – minggu depan ni. Untuk penerbangan keluar negara bulan Oktober nanti.

Sumber :MSN