
Tengok Filem Seram Boleh Kurangkan Berat Badan – Kajian Sains
VIRALBerita baik buat semua yang tak ada atau susah cari masa untuk bersenam atau melakukan aktiviti untuk kurangkan berat badan. Sekumpulan penyelidik dari university Westminister telah melakukan kajian tentang menurunkan berat badan hanya dengan menonton filem seram.
Keputusan kajian tersebut juga menunjukkan yang apabila kita menonton filem seram, kita akan dapat pelbagai manfaat sebagai contoh membakar kalori dan menaikkan mood.
Memetik pada laporan oleh The Guardian, keputuasn kajian ini bergantung kepada individu yang menonton filem seram tersebut. Kajian dilakukan ke atas 10 orang responden dengan cara mengambil degupan jantung, pengambilan oksigen serta penghasilan kardon dioksida.
Menurut para pengkaji, apabila menonton filem seram, system saraf kita akan bertindakbalas dan secara tak langsung menyebabkan lemak dibakar untuk mendapatkan tenaga. Dalam satu kajian lain pula, menonton filem seram juga mampu menghasilkan banyak sel darah putih .
Kalau anda nak cuba teori ini, ini ada senarai filem seram dan bilangan kalori yang dibakar setiap kali menonton filem :
- The Shining: 184 calories
- Jaws: 161 calories
- The Exorcist: 158 calories
- Alien : 152 calories
- Saw: 133 calories
- A Nightmare On Elm Street : 118 calories
- Pararanormal Activity : 111 calories
- The Blair Witch Project : 105 calories
- The Texas Chainsaw Massacre107 calories
- [Rec] : 101 calories
Sumber : The Guardian
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video