Twitter Akan Caj AS$20 Sebulan Ke Atas Pengguna Sah - Elon Musk

TERKINI
October 31, 2022 - 10:05 PM


Rangkaian sosial Twitter merancang mengenakan bayaran AS$20 sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan yang merupakan sebahagian daripada baik pulih diumumkan Elon Musk, lapor Sputnik, memetik media pada Isnin.

Pekerja yang terlibat dalam projek itu dimaklumkan pada Ahad bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 Nov atau mereka akan kehilangan pekerjaan, lapor Verge.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion pada Jumaat lepas. Ciapan beliau pada Ahad bahawa "keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak".

Langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 sebulan. Ciri baharu itu, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 sebulan, lapor Verge.

-- BERNAMA