Berang Cermin Sisi Dipukul, Tesla Rempuh Penunggang Motosikal
TERKINIGara-gara berang cermin sisi dipukul, sebuah Tesla bertindak menukar lorong dengan mengejut lalu merempuh seorang penunggang motosikal. Insiden tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna platform X.
Kejadian pagi tadi. Tesla dgn sengaja langgar motor. Kenapalah jahat sangat mcm setan niiii 😭 pic.twitter.com/Kvc8PWCaqu
— President of Tired Moms' Club (@dellidrus) May 13, 2024
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata menyalahkan pemandu Tesla kerana tindakan itu boleh membawa kecederaan terhadap penunggang motosikal.
Bahkan boleh menyebabkan kematian. Tidak kurang juga ada yang menyalahkan kedua-dua yang terlibat kerana gagal mengawal perasaan ketika berada di jalan raya.
Sementara itu pemilik video dashcam menjelaskan dia tidak mengetahui apa terjadi kepada penunggang motosikal kerana dia sudah beredar dari tempat kejadian.