[VIDEO] 'Air Terjun' Setinggi 60 Kaki Di Sebuah Pangsapuri Gemparkan Penduduk Puchong! Rupanya Tragedi Sama Pernah Jadi 6 Tahun Lepas

TERKINI
October 28, 2022 - 11:58 AM


Kejadian 'air terjun' dipercayai akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini tular pada Khamis.

Video berdurasi tiga minit 59 saat itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang di parkir di pekarangan bangunan berkenaan terkena curahan air deras.

Bagaimanapun, video rakaman menunjukkan kejadian kembali reda kira-kira dua minit kemudian dan orang ramai mula berkumpul di kawasan terbabit.

@ameiraaaa 😧 #puchong ♬ original sound - 🦁🐾Eeveecenzo

Seorang pengendali Facebook menggunakan akaun nama Cik Bybie II berkata, beliau pernah menyewa sebuah pangsapuri di kawasan itu pada tahun 2016.

"Masa itu rumah tingkat sembilan berdekatan tangki air dan apabila tangki pecah habis semua barang dalam rumah rosak, lebih-lebih lagi (kejadian berlaku) semasa dalam pantang.

"Fobia dengar bunyi tangki pecah kami kemudian berpindah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok apartment di Taman Mas pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk.

Serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

Kejadian itu bagaimanapun, tidak melibatkan kemalangan jiwa, sebaliknya hanya kerosakan harta benda dan mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi tuntutan insurans, katanya.

Bantuan lori air bersih dihantar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk bekalan air bersih kepada 172 rumah yang terjejas,

Destination: